xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Kesan Buruk Menggunakan Ubat Gigi Yang Mempunyai Fluorida | FANTASIA NETWORK Kesan Buruk Menggunakan Ubat Gigi Yang Mempunyai Fluorida | FANTASIA NETWORK

Kesan Buruk Menggunakan Ubat Gigi Yang Mempunyai Fluorida

Tahukah kita tentang ubat gigi yang berada di pasaran kini mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang s...


Tahukah kita tentang ubat gigi yang berada di pasaran kini mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja dan ia digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Dan bahan itu ialah Fluorida.



Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai �sodium monofluorophosphate� (smlp) atau �sodium fluoride� dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga di pertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya. Dan menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.

Tinjauan CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang)  keatas label mendapati semua ubat gigi berfluorida juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen. Jadi, untuk mengetahui sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik lihat gambar gambar berikut.
3 Bahaya Ubat Gigi Berflourida!

2 Bahaya Ubat Gigi Berflourida!

4 Bahaya Ubat Gigi Berflourida!
1 Bahaya Ubat Gigi Berflourida!

KENAPA UBAT GIGI BERFLOURIDA BAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai �ubat baru yang tidak diluluskan� kerana tiada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya. Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengelaskan fluorida sebagai ubat untuk gigi yang tidak diluluskan disebabkan kandungan racunannya yang tinggi.
Satu tinjauan dijalankan dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat dan didapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida, telah menelan antara 0.3 � 0.4 mg  fluorida setiap kali memberus gigi. Bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang sepatutnya dengan hanya memberus gigi.
MENGAPA KITA TIDAK PERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
  • Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi untuk keperluan seseorang.
  • Pihak berkuasa di Malaysia telah menambah fluorida ke dalam sistem bekalan pengairan. Oleh itu, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada.
  • Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain.
  • Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin.
Oleh sebab itu, kita tidak memerlukan fluorida tambahan daripada ubat gigi atau ubat kumur, yang mampu memudaratkan kesihatan.
Fluorida 3 Bahaya Ubat Gigi Berflourida!
KESAN FLUORIDA :
  • Kematian
  • Kanser
  • Ruam kulit
  • Luka kanser
  • Kelunturan warna gigi
  • Masalah gastrik
  • Kerapuhan tulang
  • Keracunan saraf
  • Kanser tulang
  • Keretakan tulang
  • Menyebabkan masalah IQ di kalangan kanak-kanak
  • Meransang masalah buah pinggang
Mengikut kajian, fluorida mampu meresap menerusi gusi, kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya, terdedah kepada risiko kanser.


sumber:selangor2u.com

Related

info kesihatan 9024407057974307255

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item