Anak Michael Jackson Cuba Bunuh Diri
Anak perempuan kepada mendiang Michael Jackson, Paris Jackson difahamkan telah dikejarkan ke hospital kerana cedera akibat percubaan untuk m...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2013/06/anak-michael-jackson-cuba-bunuh-diri.html
Anak perempuan kepada mendiang Michael Jackson, Paris Jackson difahamkan telah dikejarkan ke hospital kerana cedera akibat percubaan untuk membunuh diri.
Sumber mengatakan yang Paris telah mengelar pergelangan tangannya tapi belum ada kepastian atas sebab ada dia bertindak sebegitu.
Dan pada hari Selasa sebelum kejadian, Paris ada mengeluarkan beberapa status di laman Twitter yang menunjukkan dirinya kini sedang dilanda masalah.
Sebelum ini, Paris dikatakan berdepan pertelingkahan dengan ibu dan bapa saudaranya mengenai kesihatan neneknya, Katherine. Selain itu, isu wasiat mendiang bapanya juga mungkin menjadi penyebab kepada tekanan perasaan yang dihadapi oleh Paris.
Nampaknya ramai peminat Paris terkejut dan ada juga yang mendoakan semoga gadis remaja berusia 15 tahun ini segera pulih serta mampu menghadapi semua masalah dengan lebih kuat selepas ini.
Sumber: TMZ