xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Pablo Aimar dan Braulio Nobrega Rodrigue Pamer Keserasian | FANTASIA NETWORK Pablo Aimar dan Braulio Nobrega Rodrigue Pamer Keserasian | FANTASIA NETWORK

Pablo Aimar dan Braulio Nobrega Rodrigue Pamer Keserasian

Pablo Aimar dan Braulio Nobrega Rodriguez mempamerkan sentuhan berbisa dalam aksi perlawanan persahabatan dengan JMF FC di Padang Seri Gelam...


Pablo Aimar dan Braulio Nobrega Rodriguez mempamerkan sentuhan berbisa dalam aksi perlawanan persahabatan dengan JMF FC di Padang Seri Gelam, di sini semalam.

Kedua-dua pemain terbabit menunjukkan aksi yang memukaupenyokong Harimau Selatan apabila mempersembahkan skil permainan yang tinggi dalam perlawanan itu.

Aimar menjaringkan satu gol selain membantu tiga lagi jaringan, manakala bekas pemain Atletico Madrid, Rodriguez pula berjaya mencipta hatrik.



Sepanjang 60 minit permainan, Aimar dan Rodriguez juga dilihat mempunyai keserasian dengan pemain Harimau Selatan, Nurul Azwan Roya, Jasazrin Jamaluddin dan Muhammad Akram Mahinan.

Keserasian itu diakui Penolong Ketua Jurulatih JDT, Ismail Ibrahim yang menyifatkan Aimar dan Rodriguez mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Malaysia selain tidak banyak merungut sepanjang sesi latihan.

“Ini permainan pertama mereka di sini, namun mereka dapat bermain dengan baik bersama-sama pemain JDT yang lain.

“Saya rasa pasukan ini mampu untuk pergi lebih jauh dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan,” katanya.

Ismail berkata, kesemua pemain JDT yang beraksi semalam juga dilihat mampu untuk bermain secara berpasukan seperti yang diharapkan ketua jurulatih, Cesar Ferrando Jimenez.

Dia menegaskan setiap pemain perlu memberikan komitmen penuh jika berhasrat untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama memandangkan hampir kesemua pemain bagi musim hadapan memiliki kelebihan tersendiri.

Kredit Cerita : Sumber BeritaFoto : The Photoshooterz

Related

Info Sukan 4136672820162534325

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item