Dynas Mohktar Kecewa Rekaan Baju Ditiru
�Bukan setakat dia tiru rekaan saya, malah dia mengutuk saya di Twitter pula�, kata pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar yang kecewa dengan ...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2013/06/dynas-mohktar-kecewa-rekaan-baju-ditiru.html
�Bukan setakat dia tiru rekaan saya, malah dia mengutuk saya di Twitter pula�, kata pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar yang kecewa dengan pihak tidak bertanggungjawab yang meniru rekaan pakaian Dynas Nursing Attire (DNA) yang dimilikinya.
Ketika dihubungi GUA sebentar tadi, Dynas menjelaskan bahawa pihak tersebut telah merendahkan kebolehan Dynas mereka pakaian sendiri dan meminta Dynas untuk menjadi lebih matang.
�Dia kata saya tak reka baju saya sendiri sebab dulu saya pelajar Komunikasi dan Pengajian Media, sedangkan dia merupakan pelajar fesyen. Bagi dia, selebriti yang ada butik sendiri tidak tahu mereka pakaian. Baju- baju di DNA sepenuhnya rekaan saya. Malah saya masih simpan lukisan yang saya reka�, jelas Dynas.
Menurut Dynas, dia sempat berkomunikasi dengan pihak tersebut, namun usaha Dynas untuk menjernihkan keadaan dianggap remeh oleh pihak tersebut.
�Saya ada emel dia untuk berjumpa dan selesaikan hal ini. Tapi mungkin dia takut dan tak mahu jumpa saya. Katanya, dia malas nak layan orang �loser�. Dia dah tiru rekaan saya, kemudian nak kata saya �loser�. Apabila ajak berjumpa, dia mengelak. Tapi sampai hari ini dia masih buruk-burukkan saya di Twitter�, ulas Dynas lagi.
Menurut Dynas, pihak tersebut ada menjelaskan bahawa rekaan itu adalah atas permintaan pelanggannya dan dia hanya menuruti kehendak pelanggan.
�Dia kata pelanggan sentiasa betul. Tapi cara dia meniru bulat-bulat rekaan saya adalah perbuatan yang tidak betul. Malah, dia siap beri nama baru untuk rekaan itu. Lainlah kalau dia ada nyatakan pakaian itu diilhamkan dari DNA. Bagi dia,tidak jadi masalah meniru rekaan pereka fesyen yang lain. Padahal, dia tak tahu ramai pereka fesyen yang marah dan kecewa jika rekaan mereka ditiru�, ujar Dynas.
Walaupun kecewa dengan hal ini, namun Dynas tidak terfikir untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak tersebut. Bagi Dynas, perkara ini mungkin akan berlaku lagi di kemudian hari dan dia sedia menerima risiko tersebut. �Gua.com.my