Farid Kamli Kemalangan
Pelakon dan pengarah filem Farid Kamil Zahari, 32, berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil pada bahagian bahu kiri ak...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2013/06/farid-kamli-kemalangan.html
Pelakon dan pengarah filem Farid Kamil Zahari, 32, berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil pada bahagian bahu kiri akibat terjatuh daripada motosikal pada Sabtu lalu. Jurucakap pihak pengurusan Metrowealth berkata, pelakon tersebut sudah dibenarkan pulang dan berehat di rumah pada Isnin lalu.
"Alhamdulillah kecederaan yang dialami tidak teruk dan selepas pembedahan kecil semalam (Isnin) dia dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.
"Kecederaan bahu kiri itu disebabkan kesan luka lama ketika melakukan aksi lagak ngeri dalam filem Anak Jantan tahun lalu," katanya. Tambahnya, Farid turut diberi rehat selama seminggu daripada sebarang penggambaran sementara laporan mengatakan bahunya patah adalah tidak benar.
"Farid kini sedang sibuk dengan drama Jodoh Itu Milik Kita terbitan Astro dan dia terpaksa rehat selama seminggu atas nasihat doktor.
"Insya-Allah dia akan pulih sepenuhnya beberapa hari lagi kerana kemalangan itu tidak terlalu teruk," katanya.
Pelakon Lagenda Budak Setan itu dilaporkan terjatuh ketika sedang menunggang motosikal mini Kawasaki KSR 10 di sebuah litar di Subang Jaya di sini. Dia mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh sehari selepas kejadian kerana mengalami sakit pada bahu kiri.