xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Lelaki Mempunyai Buah Zakar 45 Kg | FANTASIA NETWORK Lelaki Mempunyai Buah Zakar 45 Kg | FANTASIA NETWORK

Lelaki Mempunyai Buah Zakar 45 Kg

Las Vegas – Azab yang dilalui Wesley Warren kini semakin berkurangan. Lelaki berusia 48 tahun itu yang berasal dari Las Vegas ialah bekas pe...



Las Vegas – Azab yang dilalui Wesley Warren kini semakin berkurangan.

Lelaki berusia 48 tahun itu yang berasal dari Las Vegas ialah bekas pemilik buah zakar seberat 45 kilogram dan muncul dalam dokumentari baru mengenai azab mempunyai kantung zakar sebesar itu.

Program yang menitiskan air mata itu meninjau secara unik mengenai kesusahannya menjalani kehidupan harian, termasuk terpaksa kencing di tempat duduknya serta memakai pakaian berpenutup kepala sebagai seluar dalam.

Dokumentari itu turut memaparkan detik Warren menjalani pembedahan hidup atau mati selama 13 jam yang akan membawanya semula kepada kehidupan normal.

Warren menghidap penyakit yang dikenali sebagai crotal lymphedema, menyebabkan kantung zakarnya membesar dalam masa tidak sampai dua tahun.



Penyakitnya itu menyebabkan dia pernah diundang menjadi tetamu dalam rancangan televisyen Howard Stern Show dan Comedy Cental.

Warren yang kini menjalani pemulihan di sebuah hospital di California berkata: “Tubuh saya kini menjalani proses penyesuaian. Saya sungguh berterima kasih kepada peminat yang membantu saya.

Saya masih belum boleh banyak bergerak, memandu atau keluar makan malam.

“Namun saya berhasrat melakukannya selepas ini. “Semua ini sebahagian daripada kehidupan menyayat hati yang perlu dilalui untuk pulih daripada kecacatan yang amat teruk.” – The Sun

Iklan Teks:

Related

Info Pelik 7299948527721014155

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item