xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 Online | FANTASIA NETWORK Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 Online | FANTASIA NETWORK

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 Online

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 Online | Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi...



Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 Online | Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 mulai 1 Julai 2013. Para pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sujil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh membuat permohonan untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM ini.

Cara Memohon Program Matrikulasi

Permohonan ke Program Matrikulasi boleh dibuat melalui permohonan melalui internet (PMI). Sebelum mengisi borang permohonan, pemohon perlu mempunyai Nombor Pengenalan Individu (NPI) yang boleh diperolehi di mana – mana cawangan BSN dengan bayaran RM6.00.

Pemohon boleh juga mendapatkan nombor ini melalui guru atau kaunselor sekolah.

Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut; 

[KLIK TAJUK PAUTAN DI BAWAH]


Sila rujuk juga pautan berikut untuk maklumat tambahan;


Kelayakan Minimum Akademik PST
Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)

C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
B dalam Matematik
C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)

C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
E dalam Matematik Tambahan
C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

Aliran Teknikal (M007)

C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
B dalam Matematik dan Lukisan Kejuruteraan
E dalam Kimia
C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan

Kelayakan Minimum Akademik PDT

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) ialah seperti berikut :

C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
D dalam Matematik Tambahan
C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi 2014/2015 pada 10 Oktober 2013. Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

Kemaskini Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat kemaskini permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (http://www.moe.gov.my/) pada awal atau pertengahan bulan Februari 2014untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.


Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (http://www.moe.gov.my/) pada awal atau pertengahan bulan April 2014 untuk mengetahui status permohonan.

Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi

Surat tawaran perlu dicetak sendiri oleh calon yang berjaya dan membawanya bersama semasa mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh yang ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut mengenai surat tawaran dengan menghubungi terus kolej yang ditawarkan.

Penempatan Kolej Matrikulasi

Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila rujuk senarai Kolej Matrikulasi dan pautan ke laman web mereka di Program Matrikulasi KPM.

Rayuan Permohonan Matrikulasi

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2014 nanti. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

Related

Info Pendidikan 728055874981494432

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item