xmlns:og='http://ogp.me/ns#' PIYA MENAFIKAN TAWARAN DARIPADA JDT | FANTASIA NETWORK PIYA MENAFIKAN TAWARAN DARIPADA JDT | FANTASIA NETWORK

PIYA MENAFIKAN TAWARAN DARIPADA JDT

KETUA Pasukan The Red Warriors, Mohd Badhri Radzi menafikan beliau menerima ‘tawaran lumayan’ untuk beraksi dengan Johor Darul Takzim (JDT) ...


KETUA Pasukan The Red Warriors, Mohd Badhri Radzi menafikan beliau menerima ‘tawaran lumayan’ untuk beraksi dengan Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan.

Sebaliknya Mohd Badhri atau dikenali Piya tampil menegaskan khabar angin tersebut karut semata-mata sambil turut melahirkan kekecewaan di atas tindakan pihak tertentu menyebar berita tidak berasas itu.

“Tumpuan saya ketika ini ialah mahu membantu Kelantan mempertahankan Piala Malaysia. Saingan Liga-M pun tak habis lagi, jadi ini bukan masa yang sesuai untuk kita bercakap soal perpindahan pemain,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

“Saya minta pihak berkenaan hentikan perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Saya ingin tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah menerima tawaran sedemikian sama ada daripada JDT atau mana-mana pasukan lain sebagaimana tersebar di laman sosial," tegasnya.

Sumber : Sinar Harian

Related

Info Sukan 2626001759748315843

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item