xmlns:og='http://ogp.me/ns#' PRK Kuala Besut Terengganu 24 Julai 2013 | FANTASIA NETWORK PRK Kuala Besut Terengganu 24 Julai 2013 | FANTASIA NETWORK

PRK Kuala Besut Terengganu 24 Julai 2013

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24...

besut

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai sementara penamaan calon pada 12 Julai.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari pengundian awal ditetapkan pada 20 Julai ini.

Permohonan undi pos boleh dibuat bermula hari ini dan tarikh tutup adalah pada hari penamaan calon,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR di sini Jumaat.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar 26 Jun lalu. Pada PRU-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut untuk BN dengan mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar.

Sumber : Informasi

Related

Isu Tempatan 406905077756489147

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item