xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Kelantan ke final Piala Malaysia 2013 | FANTASIA NETWORK Kelantan ke final Piala Malaysia 2013 | FANTASIA NETWORK

Kelantan ke final Piala Malaysia 2013

Kelantan ke final Piala Malaysia 2013 apabila mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan agregat 4-3 pada perlawanan separuh akhir ...



Kelantan ke final Piala Malaysia 2013 apabila mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan agregat 4-3 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Baharu malam tadi.

Biarpun seri 2-2 sama dan memiliki bekalan tipis satu gol, skuad ‘The Red Warriors’ diberi saingan sengit oleh pasukan pelawat..

Kedua-dua pasukan itu memulakan perlawanan dengan langkah berhati-hati tanpa memiliki kelebihan dalam penguasaan bola mahupun dalam percubaan ke gawang gol.

Bagaimanapun,ATM mengejutkan pasukan tuan rumah apabila Marlon menjadi tunjang utama ATM skor 2 gol untuk membolehkan pasukan ATM selesa dengan kelebihan gol ditempat lawan.

Namun,10 minit terakhir babak kedua sebelum wisel penamat, Fakri Saarani menjadi watak utama memecah kebuntuan gol dan diikuti Kapten Marvel iaitu Piya menyumbat gol penting tiga minit selepas itu. 


Kelantan layak ke final dengan agregat 4-3 dan akan menanti lawan diantara Sarawak dan Pahang yang akan berentap di Stadium Sarawak malam esok.

Perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Shah Alam pada hari Ahad, 3 November 2013.

Related

Info Sukan 5748254079780525222

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item