xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Wahai Najib..!! Dengarlah Keluhan Rakyatmu Ini... | FANTASIA NETWORK Wahai Najib..!! Dengarlah Keluhan Rakyatmu Ini... | FANTASIA NETWORK

Wahai Najib..!! Dengarlah Keluhan Rakyatmu Ini...

01- Dalam sehari perjalanan pergi balik kerja, aku cuma guna 3Km highway LDP (Persimpangan LDP hingga susur Bkt Lanjan)... tapi aku kena bay...





01- Dalam sehari perjalanan pergi balik kerja, aku cuma guna 3Km highway LDP (Persimpangan LDP hingga susur Bkt Lanjan)... tapi aku kena bayar RM3. 20.

02- Kemudian aku sambung perjalanan guna 4Km highway SPRINT ( susur TTDI ke Mount kiara)... aku bayar lagi RM4. 00.

03- Lepas tu aku guna 20Km highway DUKE (Jln Duta hingga susur Air Panas, Setapak)... aku kena bayar lagi RM4. 00.

04- Aku akhiri perjalanan selebihnya gunakan jalan Negeri dan Persekutuan.

05- Masa yang sama, aku guna 12 Liter sehari untuk petrol (jammed teruk, akan cecah 15 Liter).

06- Bermakna dalam sehari, aku dah bagi taukeh2 stesen minyak untung RM25. 20 dan RM11. 20 pada taukeh2 Tol.

07- Aku juga dah bagi untung pada Kerajaan (cukai perkhidmatan & barangan: tol dan minyak) berjumlah RM1. 80 dan RM4. 03 sehari.

08- Ini belum dikira lagi bayaran untuk taukeh2 alat ganti dan mekanik yang sedia tunggu kereta buruk aku ni breakdown.

09- Belum dikira juga 3 jam masa produktif yang terbuang dalam perjalanan pergi balik (cecah 4 ~ 5 jam bila jammed teruk).

10- Belum juga dikira kos-kos lain untuk sara hidup berupa makan, pakai dan tempat tinggal.

11- Aduhai.... payahnya hidup di bumi Malaysia ni. Aku percaya ramai yang senasib aku diluar sana yang tinggal dibandar-bandar besar ni.

12- Tapi Menteri cap Ayam mesti akan kata "Tak suka duduk Malaysia, pi duduk n pindah negara lain. Tak pun pi duduk dalam hutan.., cucuk tanam ubi dan keledek".

13- Sabo je lah berPerdana Menteri dan berMenterikan Menteri2 cap ayam ni.

14- Aku rakyat Malaysia. Aku cari makan dan bayar cukai kat sini. Memanglah aku kena ngadu masalah aku pada Najib. Tak kan aku nak ngadu pada Barrack Obama pulak.... ~ WKVI

Related

Isu Tempatan 636800558085330779

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item