FAM Jangan Angkuh
Berita yang agak panas di perkatakan sekarang ini adalah isu kelemahan FAM yang di bidas keras oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludd...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2013/11/fam-jangan-angkuh.html
Berita yang agak panas di perkatakan sekarang ini adalah isu kelemahan FAM yang di bidas keras oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang di anggap menghentam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara terbuka di media termasuk menyifatkan badan induk itu masih berada di zaman purba.
Isu ini mendapat maklumbalas dari bekas pemain skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail yang menganggap KJ menyimpan dendam terhadap FAM.
“Saya tidak faham kenapa Khairy sejak akhir-akhir ini terlalu nampak kelemahan FAM sedangkan sebelum ini ketika beliau menjadi timbalan presiden FAM selama tiga tahun (2007-2010), masalah ini tidak timbul.
“Adakah beliau berdendam? Tidakkah beliau sedar kritikan itu seperti ‘meludah ke langit yang akhirnya terkena ke muka sendiri’ kerana FAM adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan.
Dalam Buletin TV3 sebentar tadi, KJ menjelaskan isu dendam ini...
Mana ada dendam! Itu penjelasan Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berhubung kelantangannya bersuara menegur Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM kebelakangan ini. Baginya ia adalah untuk kebaikan sukan bola sepak tempatan selain teguran atas kapasiti selaku menteri bertanggungjawab. Khairy menegur FAM ketika kempen Piala Malaysia minggu lalu berkaitan soal jualan tiket perlawanan dan isu keselamatan di stadium.
Kritikannya membuatkan ada pihak berkecil hati dalam masa sama mempersoal kelantangannya seperti yang disiarkan akhbar hari ini. Bagi Khairy yang pernah menjawat Naib Presiden FAM pada 2007 hingga 2010, teguran dibuat kerana keperluan selain membawa suara rakyat. Justeru Khairy mengambil pendekatan enggan lagi mengulas perkembangan bola sepak tempatan mahupun prestasi semasa membabitkan skuad kebangsaan dan pasukan Harimau Muda A buat masa ini dan menyerah selainnya kepada FAM.
Dan hari ini, isu serupa mendapat feedback dari Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meminta FAM akui segala kesilapan dan terima idea peminat untuk baiki kelemahan demi kemajuan bola sepak negara.
" Perkara penting ialah jangan angkuh, [FAM] mesti ada telinga, mesti belajar dan terima suara-suara peminat bola sepak negara ini " - TMJ
Rasanya sudah tiba masanya, FAM menerima hakikat bahawa ramai peminat bola sepak negara mahukan satu pembaharuan dalam semua aspek yang sepatutnya sudah lama terlaksana. Bagi admin cukup-cukuplah alasan yang di beri selama ini bila di kritik, kerana alasan yang di beri langsung tidak membantu tapi sekadar menutup kelemahan diri sendiri.
" MANUSIA YANG TERLALU LAMA TIDUR, BILA TERBANGUN AKAN MENJADI MAMAI DAN MENGANTUK KEMBALI "
Credit Cerita : : The Photoshooterz