Hukum Doa dan Puasa Awal dan AKhir Tahun | MaalHijrah1435
Ramai yang bertanya hukum DOA dan PUASA awal dan akhir tahun. Sebab mereka keliru ada orang (ustaz) yang mengatakan ia sebagai BID'AH da...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2013/11/hukum-doa-dan-puasa-awal-dan-akhir.html
Ramai yang bertanya hukum DOA dan PUASA awal dan akhir tahun. Sebab mereka keliru ada orang (ustaz) yang mengatakan ia sebagai BID'AH dan SESAT.
JAWAPAN :
1- Sebelum kita membincangkan isu ini, perlu diketahui bahawa BID'AH bermaksud menyandarkan sesuatu perbuatan kepada Nabi SAW sama ada dalam bentuk perbuatan, percakapan atau perakuan. Oleh itu, setiap perbuatan (IBADAH) yg disandarkan kpd Baginda SAW sedangkan Dia tidak melakukannya maka itu dikira BID'AH yang TIDAK BOLEH diamalkan.
2-Hukum berdoa dan berpuasa sunat adalah dituntut secara mutlak. Oleh yang demikian, setiap doa atau puasa sunat tanpa mengaitkan amalan tersebut kepada perbuatan Nabi SAW secara khusus adalah DIBENARKAN dan TIDAK TERMASUK dalam KATEGORI BID'AH yg terlarang. Sesungguhnya galakan BERDOA atau PUASA SUNAT tidak hanya dikhususkan pada akhir dan awal tahun sahaja. Tetapi ia digalakkan pada setiap masa dan ketika.
3- Bagi umat Islam yang ingin membaca DOA AKHIR dan AWAL tahun DIPERSILAKAN untuk melakukannya. Namun, jangan pula dianggap ia sebagai salah satu SUNNAH yg dituntun oleh NABI SAW. Anggaplah ia sebagai salah satu perbuatan yang biasa dilakukan oleh adat orang Melayu. Lagipun kandungan intipati doa-doa akhir dan awal tahun itu juga baik dan tidak pula membawa erti kesesatan dll.
Walaubagaimanapun, JIKA ada yang tidak berminat untuk TIDAK BERBUAT demikian, mereka juga DIBENARKAN dan mereka TIDAK BERDOSA kerana ia bukan satu arahan yg WAJIB atau Sunnah Nabi yg dituntut secara khusus.
4- Begitulah juga hukumnya bagi mereka yang ingin BERPUASA SUNAT. Teruskan puasa itu tanpa menisbahkan perbuatan itu kepada Nabi SAW kerana dikhuatiri termasuk dalam perbuatan BID'AH yang terlarang. Anggaplah puasa yang dilakukan itu sebagai puasa sunat yang biasa dilakukan seperti hari-hari lain.
Semoga dengan penjelasan di atas, TIADA di antara KITA yang berbalah dan bertengkar. Ingat.. Tiada siapa yang sempurna dalam hal ini. Saling hormat menghormati adalah lebih baik daripada menunding jari kepada kesalahan orang lain. ISLAM itu INDAH.
sumber : Ustaz UAI
Share