xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Undian Piala FA 2014 | Liga Malaysia | FANTASIA NETWORK Undian Piala FA 2014 | Liga Malaysia | FANTASIA NETWORK

Undian Piala FA 2014 | Liga Malaysia

Piala FA 2014 menyaksikan persaingan 30 buah pasukan negeri dan kelab di mana ia melibatkan 12 pasukan Liga Super 2014, 12 pasukan Liga Prem...



Piala FA 2014 menyaksikan persaingan 30 buah pasukan negeri dan kelab di mana ia melibatkan 12 pasukan Liga Super 2014, 12 pasukan Liga Premier 2014 dan 6 pasukan dari Liga FAM 2014 termasuk pasukan Harimau Muda C. 

Piala FA 2014 akan datang menyaksikan 2 pasukan finalis Piala FA 2013 iaitu Kelantan dan Johor Darul Takzim FC akan terus mara ke pusingan kedua. Dalam undian pusingan pertama yang telah diadakan pada 29 November 2013, antara perlawanan yang menarik adalah pertembungan pasukan Perak menentang pasukan Juara Piala Malaysia 2013, Pahang, Selangor PKNS FC menentang Johor dan KL Sime Darby FC menentang ATM FA. 

Pasukan Pilihan lain seperti Lions XII akan menentang KL DRB Hicom FC, Selangor pula bakal menentang pasukan Harimau Muda C manakala Sarawak dijadualkan menentang pasukan Pulau Pinang. 

Piala FA 2014
Round 1

Automatik ke Pusingan kedua : JDT I
1 ) T Team lawan UiTM FC
2 ) Kuala Lumpur lawan Kedah
3 ) Melaka United lawan Perlis
4 ) PBAPP FC lawan Cebagoo FC
5 ) PDRM lawan SPA Putrajaya
6 ) Lions XII lawan DRB Hicom FC ( POS )
7 ) Perak lawan Pahang

Autamatik ke Pusingan kedua : Kelantan
8 ) Kuantan FA lawan Sabah
9 ) PKNS lawan JDT II
10 ) Terengganu lawan Shahzan Muda
11 ) Sime Darby FC lawan Tentera
12 ) Negeri Sembilan lawan Felda Utd
13 ) Harimau Muda C lawan Selangor
14 ) Sarawak lawan Pulau Pinang

* Pasukan yang dinyatakan dahulu akan menjadi tuan rumah untuk pusingan kalah mati. Suku Akhir dan seterusnya akan ada timbal balik HOME dan AWAY pasukan yang layak.

Saingan Piala FA 2014 akan datang dijangka sengit apabila setiap pasukan kini semakin giat mengukuhkan pasukan masing-masing dengan pemain import dan pemain-pemain baru yang mantap bagi menghadapi Liga Malaysia 2014 akan datang.

Foto : Sumber

Related

Info Sukan 7315968655075932917

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item