xmlns:og='http://ogp.me/ns#' "PBNJ KINI LEBIH TERBUKA" | FANTASIA NETWORK "PBNJ KINI LEBIH TERBUKA" | FANTASIA NETWORK

"PBNJ KINI LEBIH TERBUKA"

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu lebih terbuka dan telus dalam menjawab sebarang pertanya...


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu lebih terbuka dan telus dalam menjawab sebarang pertanyaan membabitkan organisasi berkenaan pada masa akan datang.
Segala persoalan sama ada mengenai pelaburan, aset, perancangan persatuan terhadap pembangunan bola sepak negeri ini termasuk kedudukan kewangan PBNJ akan di jawab olehnya.
Tunku Ismail berkata, langkah itu diambil kerana PBNJ merupakan sebuah persatuan bola sepak milik rakyat negeri ini dan beliau sebagai seorang presiden hanya menjalankan amanah untuk menjaga persatuan itu.
“Sebagai Presiden, saya tidak sepatutnya menyembunyikan sebarang perkara berkaitan PBNJ kerana saya mahu tunjuk kepada semua yang saya tidak sembunyikan apa-apa daripada peminat dan rakyat Johor.
“Saya diamanahkan untuk jaga, mereka (rakyat) berhak untuk tahu,” katanya kepada pemberita pada majlis memperkenalkan pemain import baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Argentina, Luciano Figueroa di sini semalam.
Tunku Ismail berkata, sebelum ini juga beliau sudah mengambil pendekatan seumpama itu apabila mengadakan pertemuan bersama penyokong bola sepak Johor dan menjawab beberapa pertanyaan berhubung persatuan.
“Sebagai contoh apabila rakyat Johor bertanyakan di mana sumber kewangan PBNJ, saya jawab - ia adalah duit saya sendiri, duit Sultan Johor selain turut disumbangkan pelabur yang melabur di negeri ini.
“Tajaan yang banyak itu juga diterima adalah kerana pelabur di Johor menyokong hasrat PBNJ untuk membangunkan bola sepak di negeri ini secara total yang melibatkan projek memberi balik kepada rakyat,” katanya.
Pada masa sama, beliau mahu PBNJ bukan sahaja menjadi persatuan bola sepak semata-mata, sebaliknya menyumbang balik kepada rakyat dengan menjalankan pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial yang dirancang persatuan bersama rakyat.

Related

Info Sukan 4527359904174179998

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item