xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Senarai Ketua Jurulatih Pasukan Liga Perdana 2014 | FANTASIA NETWORK Senarai Ketua Jurulatih Pasukan Liga Perdana 2014 | FANTASIA NETWORK

Senarai Ketua Jurulatih Pasukan Liga Perdana 2014

Sepak mula Liga Premier 2014 dijadualkan pada bulan Januari 2014 di mana 13 pasukan termasuk pasukan Harimau Muda B akan bersaing merebut ke...

Sepak mula Liga Premier 2014 dijadualkan pada bulan Januari 2014 di mana 13 pasukan termasuk pasukan Harimau Muda B akan bersaing merebut kejuaraan Liga Premier 2014 akan datang. Sehingga kini setiap pasukan sedang giat menjalankan persiapan pasukan masing-masing dengan melantik barisan kejurulatihan baru selain menandatangani pemain-pemain hebat bagi menghadapi musim Liga Premier musim akan datang.

Saingan Liga Premier 2014 dijangka sengit apabila ramai ketua jurulatih baru telah dilantik oleh pasukan masing-masing. Antaranya ialah bekas pemain import Selangor iaitu Dave Mitchell yang akan melatih pasukan Kedah, Seslija Milomir (Sabah), V.Sundramoorthy (Negeri Sembilan), Irfan Bakti (Felda United), K.Devan (Pulau Pinang) dan dikhabarkan Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh akan diumumkan sebagai Ketua Jurulatih baru pasukan PDRM FA. Perkembangan ini nyata menarik apatah lagi setiap pasukan pastinya berusaha untuk layak ke Liga Super 2015 akan datang. Berikut ialah senarai Ketua Jurulatih pasukan Liga Premier 2014 akan datang :


Felda United FA : Irfan Bakti Abu Salim
Negeri Sembilan : V. Sundramoorthy
Johor : Azmi Mohamed
Kedah : Dave Mitchell
Sabah : Seslija Milomir
DRB Hicom FC : G.Torairaju
PDRM FA : Dollah Salleh
SPA FC : Nidzam Jamil
UiTM FC : Azman Hj. Eusoff
Perlis : Salim Tofel
Pulau Pinang : K.Devan
PBAPP : Zabidi Hassan
Harimau Muda B : Razip Ismail

Related

Info Sukan 3248938075721944899

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item