xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Senarai Ketua Jurulatih Pasukan Liga Super 2014 | FANTASIA NETWORK Senarai Ketua Jurulatih Pasukan Liga Super 2014 | FANTASIA NETWORK

Senarai Ketua Jurulatih Pasukan Liga Super 2014

Musim panjang Liga Bola Sepak Malaysia 2013 telah berakhir pada 4 November 2013 yang lalu di mana pasukan Pahang telah dinobatkan selaku jua...



Musim panjang Liga Bola Sepak Malaysia 2013 telah berakhir pada 4 November 2013 yang lalu di mana pasukan Pahang telah dinobatkan selaku juara Piala Malaysia 2013 manakala Liga Super 2013 pula menyaksikan kejuaraan berjaya diraih pasukan jemputan Singapore Lions XII dengan pasukan Selangor dan Darul Takzim FC menamatkan saingan di kedudukan kedua dan ketiga. 


Bagi menghadapi musim 2014 akan datang, 12 pasukan Liga Super 2014 pastinya sedang giat mempersiapkan pasukan masing-masing dengan barisan kejurulatihan yang berwibawa selain barisan pemain yang mantap untuk menggalas cabaran musim Liga Super 2014 akan datang. Antara pasukan yang membuat perubahan untuk ketua jurulatih musim akan datang ialah pasukan Singapore Lions XII, Selangor, Darul Takzim FC, Kelantan, Perak, PKNS FC, Terengganu dan T-Team manakala pasukan ATM FA, Pahang, Sarawak dan Sime Darby FC dijangka mengekalkan ketua jurulatih sedia ada. Berikut adalah barisan Ketua Jurulatih bagi pasukan Liga Super 2014 akan datang :


Singapore Lions XII : Fandi Ahmad
Selangor : Mehmet Durakovic
Darul Takzim FC : Cesar Fernando Jiminez
Kelantan : Steve Darby
ATM FA : B. Sathianathan
Pahang : akan diumumkan
Perak : Abu Bakar Fadzim
PKNS FC : Wan Jamak Wan Hassan
Terengganu : Haji Abdul Rahman Ibrahim
T-Team : Azraai Khor Abdullah
Sarawak : Robert Alberts
Sime Darby FC : Ismail Zakaria

Related

Info Sukan 6029779271485833784

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item