xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Senarai Rasmi Skuad Kelantan | Liga Super 2014 | FANTASIA NETWORK Senarai Rasmi Skuad Kelantan | Liga Super 2014 | FANTASIA NETWORK

Senarai Rasmi Skuad Kelantan | Liga Super 2014

Musim panjang Liga Malaysia 2013 telah berakhir pada 4 November 2013 yang lalu. Bagi musim baru Liga Malaysia 2014 akan datang, setiap pasuk...

Musim panjang Liga Malaysia 2013 telah berakhir pada 4 November 2013 yang lalu. Bagi musim baru Liga Malaysia 2014 akan datang, setiap pasukan sedang giat menjalankan pemilihan pemain baru selain memancing pemain-pemain daripada pasukan-pasukan lain untuk memperkuatkan pasukan bagi menghadapi musim 2014. Pasukan juara treble musim 2012 juga tidak terkecuali mempersiapkan pasukan mereka untuk musim akan datang dengan melantik bekas jurulatih pasukan bawah 23 Thailand, Steve Darby menggantikan jurulatih Croatia, Bojan Hodak yang diberitakan mungkin berhijrah ke Liga Thailand bagi musim 2014 akan datang.



Musim Liga Malaysia 2013 yang lalu menyaksikan pasukan Kelantan menamatkan aksi selaku naib juara Piala Malaysia 2013, tempat keempat untuk Liga Super 2013, juara Piala FA 2013, naib juara Piala Sumbangsih 2013 selain mewakili negara ke Kejohanan Piala AFC 2013. Untuk musim Liga Malaysia 2014 akan datang, pasukan Kelantan pastinya menghadapi kesukaran apabila dilaporkan beberapa pemain utama musim lalu berhijrah meninggalkan pasukan The Red Warriors antaranya Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Muhammad, Daudsu Jamaluddin, Azizi Che Ros, Rizal Fahmi Rosid, S.Subramaniam, Shakir Shaari, Izwan Solahuddin dan beberapa pemain lagi. Antara pemain yang bakal menyarung jersi pasukan Kelantan bagi musim akan datang ialah bekas penyerang Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Ali dan pemain Harimau Muda A, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria. 


Pasukan Kelandan pastinya cukup bertuah apabila ketua pasukan mereka yang merupakan antara pemain terbaik Liga Malaysia masakini, Mohd. Badhri Radzi aka Piya dijangka terus kekal bersama pasukan musim akan datang. Selain itu juga, penjaga gol utama kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat aka Apek, pertahanan import kental dari Nigeria Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak dan beberapa pemain musim lalu akan terus mencurah keringat bersama pasukan Kelantan untuk musim Liga Malaysia 2014 akan datang.

BERIKUT ADALAH SENARAI PEMAIN KELANTAN MUSIM DEPAN YANG DI UMUMKAN OLEH TAN SRI ANUAR MUSA PRESIDENT KELANTAN.






OFFICIAL !

Senarai Rasmi Pegawai Kelantan TRW 2014 :

Pengurus : Hj. Azman Ibrahim

Pen. Pengurus : Wan Badri

Head Coach : Steve Darby

Asst coach : Hashim Mustapha

Asst coach : Zahasmi Ismail

Asst Coach (GK) : Ismail Chawalit

Fitness Coach :

Fisio : Zainuddin

Pegawai Media : Md Zuki

Pegawai Keselamatan : Arif

Kitman : Pok Run.


Senarai Rasmi Pemain2 Kelantan TRW 2014 :


1. Mohd Badri Radzi (MF) (C)

2. Khairul Fahmi Che Mat (GK) (VC)

3. Obinna Nwaneri (DF) (VC)

4. Mohamed Ghaddar (ST)

5. Forkey Doe (ST)

6. Shakir Ali (ST)

7. Fakri Shaarani (ST)

8. Mohamad Shawky (MF)

9. Amar Rohidan (MF)

10. Brendan Gan (MF)

11. Khairul Izuan Rosli (MF)

12. Tengku Hasbullah Raja Hassan (MF)

13. Nazri Ahmad (DF)

14. Zairul Fitree Ishak (DF)

15. Farisham ismail (DF)

16. Nik Shahrul Azim (DF)

17. Wan Zaharulnizam (MC)

18. Faizul Nazlin Sayuti (DF)

19. Famirul Asyraf Sayuti (ST)

20. Tuan Faim (DF)

21. Faiz Suhaimi (DF)

22. Aziz Ismail (DF)

23. Shahrizan Ismail (GK)

24. Syazwan Yusoff (GK)
1456699_641975119179393_248390179_n

1470085_641967182513520_1671181187_n

Related

Info Sukan 4008890964313665986

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item