xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Senarai Rasmi Skuad Terengganu 2014 | Liga Super 2014 | FANTASIA NETWORK Senarai Rasmi Skuad Terengganu 2014 | Liga Super 2014 | FANTASIA NETWORK

Senarai Rasmi Skuad Terengganu 2014 | Liga Super 2014

Liga Bola Sepak Malaysia musim 2014 dijangka bermula pada bulan Januari 2014 akan datang dengan perebutan gelaran juara Piala Sultan Haji Ah...

Liga Bola Sepak Malaysia musim 2014 dijangka bermula pada bulan Januari 2014 akan datang dengan perebutan gelaran juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih 2014 menjadi rebutan antara pasukan juara Liga Super 2013, Singapore Lions XII dan juara Piala Malaysia 2013, Pahang. Untuk menghadapi musim 2014 akan datang, setiap pasukan kini sedang giat mempersiapkan pasukan masing-masing dengan barisan pengurusan, kejurulatihan serta gabungan pemain yang mantap untuk saingan akan datang. Antaranya pasukan Terengganu yang membuat rombakan besar-besaran ke atas pasukan mereka musim lalu di mana skuad musim lalu nyata gagal menamatkan saingan di kedudukan yang baik di mana mereka sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke 9 selain gagal gagal melangkah jauh dalam Piala Malaysia 2013.


Bagi musim Liga Malaysia 2014 akan datang, pengurusan baru pasukan Terengganu telah melantik Hj. Abdul Rahman Ibrahim untuk membimbing pasukan Sang Penyu menghadapi musim akan datang. Hj. Abdul Rahman Ibrahim bukan asing bagi pasukan Terengganu kerana pernah melatih pasukan Terengganu sebanyak 2 kali sebelum ini. Kehadiran semula Hj. Abdul Rahman Ibrahim yang pernah melatih pasukan kebangsaan dan beberapa negeri dan kelab di Liga Malaysia untuk melatih pasukan Sang Penyu musim 2014 nyata menunjukkan betapa seriusnya pasukan Terengganu mengangkat semula arena bola sepak negeri Terengganu. 

Selain itu juga, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) juga berjaya mendapatkan beberapa pemain anak jati Terengganu kembali mewakili pasukan untuk musim 2014 akan datang. Antaranya ialah kepulangan semula Nor Farhan Muhammad dari pasukan Kelantan yang sebelum ini dikaitkan dengan pasukan Johor Darul Takzim FC (JDT), Zairo Anuar Zailani dan Faiz Subri (Kelantan), bekas penjaga gol kebangsaan Mohd. Sharbinee Allawee Ramli (Selangor), Izzat Fariq Ramlan (Harimau Muda A), Azlan Zainal dan Mohd. Nor Hakim Hassan (PKNS FC) serta beberapa pemain lagi. Pasukan Terengganu juga turut mengekalkan pemain-pemain musim lalu seperti Ashaari Shamsudin, Abdul Manaf Mamat, Zubir Azmi, Sharmiza Yusuf, Ismail Faruqi, Vincent Bikana dan pemain-pemain lain. 

Berikut adalah Senarai penuh pemain skuad bola sepak Terangganu FA musim depan 2014. senarai ini di umum oleh PBSNT:
1524856_770533272961538_1300269149_n

1467243_749960501700327_539477814_n

Related

Info Sukan 1965328788982693113

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item