xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Video dan Gambar Harimau Selatan Belasah Tampines Rovers 7-1 | Friendly Games | FANTASIA NETWORK Video dan Gambar Harimau Selatan Belasah Tampines Rovers 7-1 | Friendly Games | FANTASIA NETWORK

Video dan Gambar Harimau Selatan Belasah Tampines Rovers 7-1 | Friendly Games

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) berpesta gol dengan membelasah penyandang juara S-League 2013, Tampines Rovers FC 7-1 dalam aksi perlawanan persaha...

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) berpesta gol dengan membelasah penyandang juara S-League 2013, Tampines Rovers FC 7-1 dalam aksi perlawanan persahabatan di Stadium MPPG, Pasir Gudang, malam kelmarin.


Gol pasukan tuan rumah disumbangkan oleh Luciano Figueroa pada minit ke-38 dan 55; Mohd Amri Yahyah (minit ke-45, 62); Pablo Aimar (minit ke-47); Muhammad Akram Mahinan (minit ke-83) dan pemain gantian Mohd Haziq (minit ke-90).

Manakala gol sagu hati pasukan pelawat dijaringkan oleh Roberto Martinez pada minit ke-66.

Pasukan bimbingan Cesar Ferrando Jimenez yang menggunakan formasi 4-3-3 bermula perlahan dalam mencari rentak keserasian sebaik sahaja pengadil, Azman Jamaludin memulakan perlawanan



Tampines Rovers FC hampir merobek gawang JDT pada minit ke-3 perlawanan menerusi bekas pemain kebangsaan Singapura, Noh Alam Shah namun tolakan di dalam kotak penalti dilakukan disambut kemas penjaga gol tuan rumah, Norazlan Razali.

Perlawanan menjadi lebih rancak selepas 10 minit perlawanan dengan kedua-dua pasukan saling mengasak antara satu sama lain bagi memburu gol awal.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah terlebih dahulu berada di depan menerusi Figueroa pada minit ke-38 selepas mudah memperdaya penjaga gol lawan, Ridhuan Barudin dalam percubaan satu lawan satu.

Mohd Amri Yahyah mengukuhkan lagi kedudukan JDT menerusi jaringan kedua pasukan pada minit ke-45 dengan bijak menewaskan Ridhuan selepas menerima hantaran jauh daripada Aimar.

Gol ketiga pasukan tuan rumah hadir pada minit ke-47, menerusi Aimar yang mudah menolak masuk ke dalam gawang Tampines Rovers FC setelah menerima hantaran daripada Figueroa.

Strategi dan taktikal ala eropah yang diterapkan Jimenez ke atas anak buahnya ternyata menjadi apabila Harimau Selatan meraih jaringan keempat pasukan pada minit ke-55.

Mohd Amri yang diletakkan selaku sayap kanan JDT sekali lagi mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol kelima pasukan tuan rumah pada minit ke-62 selepeas menerima hantaran Safiq Rahim.


Dalam kesibukan pasukan tuan rumah mencari gol, anak buah Salim Moin berjaya mendapatkan satu gol menerusi Roberto Martinez pada minit ke-66 hasil keadaan kucar kacir dalam kotak penalti tuan rumah.

Bagaimanapun, pemain gantian, Muhamad Akram yang masuk selepas Jimenez mengeluarkan Figueroa turut tidak ketinggalan mencetak nama selaku penjaring apabila mudah menewaskan penjaga gol lawan selepas menerima hantaran Safiq.

Jaringan terakhir JDT disempurnakan oleh pemain muda, Mohd Rafiq ketika masa tambahan sebelum pengadil meniupkan wisel penamat.

Jimenez ketika ditemui selepas perlawanan mengakui gembira dengan persembahan ditunjukkan anak buahnya dalam perlawanan berkenaan.

“Perlawanan persahabatan ini amat penting kepada pemain untuk mencari rentak dan keserasian. Saya gembira dengan corak permainan ditunjukkan oleh mereka.

“Begitu juga dengan pemain-pemain muda. Mereka mempersembahkan permainan seperti yang saya terapkan ketika sesi latihan dan saya gembira dengan kemenangan malam ini,” katanya.

Related

Info Sukan 8785131550946907611

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item