xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Bayar Yuran Sekolah RM64 Guna Duit Syiling | Kisah Sedih Adik Nurkhatijah | FANTASIA NETWORK Bayar Yuran Sekolah RM64 Guna Duit Syiling | Kisah Sedih Adik Nurkhatijah | FANTASIA NETWORK

Bayar Yuran Sekolah RM64 Guna Duit Syiling | Kisah Sedih Adik Nurkhatijah

Kisah Sedih Adik Nurkhatijah | Pelajar Sekolah Rendah Tak Cukup Duit Bayar Yuran Sekolah | Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernil...

Kisah Sedih Adik Nurkhatijah | Pelajar Sekolah Rendah Tak Cukup Duit Bayar Yuran Sekolah | Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00 yang tidak cukup untuk membayar yuran sekolah. Guru-guru ‘ topup’ untuk pelajar tersebut.



Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.

Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.

Pagi – pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur.

Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru – guru ‘ topup’ untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi.

Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.

Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar.

Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.

Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta – minta untuk menagih simpati ramai.

Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak – anak ini. Comel – comel dan gembira sahaja rupanya.

Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain.

Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan – rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi.

Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain.

Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak – anak, mana tahu ada rakan – rakan yang tidak bernasib baik.

Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak-anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu.

Butiran secara ringkas.
Nama Sek: Sek Agama Integrasi Ar-Rahmaniah, Taman Dagang, AmpangNama Cikgu: Ustazah Khadijah Bt. Alang Abu ShukerNama Pelajar: 1. Nurkhatijah bt. Abdullah, 2. Norsyafiqah bt. Abdul RahimTerima kasih kerana prihatin.

update Sehingga 4 petang :

Ini adalah gambar ketika perhimpunan pagi tadi (6 Jan 2014) di sekolah. Baju baru dan semangat baru untuk adik Khatijah. Terima kasih semua.

Untuk makluman semua, akaun maybank ustazah mengalami masalah transaksi buat masa ini. Mungkin kerana terlalu banyak transaksi akaun berlaku. Saya akan update apabila masalah ini selepas ia dapat di atasi. Kami telah mendapat cadangan untuk membuka akaun khas buat anak - anak ini. Sila tunggu update saya. Terima kasih tak terhingga untuk semua dermawan yang budiman. Hanya Tuhan dapat membalas jasa baik anda.


Seronoknye dia baju baru. Beratur depan sekali.



SUMBER : zunairahghani 

Related

info semasa 7455652739925304215

Catat Ulasan

  1. Dari blog http://zunairahghani.blogspot.com/

    Zunairah Abdul Ghani7 January 2014 00:17
    akaun adik nur khatijah abdullah bank rakyat 220621244780, nur syafikah , bank rakyat 220141565286.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun tak kenal adik2 yg comel ni..tapi aku nk ucapkan time kasih kat semua hamba allah yang prihatin dan berhati mulia,yang membantu mereka..masih ramai rupanya insan yg prihatin dekat malaysia ni,semoga allah limpahkan rezeki kepada kamu semua..kalau ada insan-insan lain yang memerlukan,marilah kongsi sama2,kita sama2 bantu dengan ape yang ada..dunia cuma sementara..kepadanya jua kita kembali.

      Padam
  2. salam semua...alhamdulillah saya saya bersyukur kerana rakyat malaysia sangat prihatin dgn kisah adik kita berdua di atas...di harap sangat kedua2 adik dapat meneruskan persekolahan dgn selesa dan semoga menjadi insan berguna..In sha allah...

    BalasPadam

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item