xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Berhenti Aibkan Saya! – Jep Sepahtu | FANTASIA NETWORK Berhenti Aibkan Saya! – Jep Sepahtu | FANTASIA NETWORK

Berhenti Aibkan Saya! – Jep Sepahtu

Bercakap kepada Astro Gempak, Jep menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan terkejut apabila dituduh sudah lupa diri. Jelas Jep, ...



Bercakap kepada Astro Gempak, Jep menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan terkejut apabila dituduh sudah lupa diri. Jelas Jep, tuduhan tersebut cuba menjatuhkan kredibiliti dirinya terutamanya kumpulan Sepahtu sedangkan mereka bertiga berusaha untuk lakukan persembahan terbaik di MLM 2013.

“Berhenti aibkan saya! Saya agak terkejut dengan artikel tersebut yang mana saya rasakan seperti ‘baling batu sembunyi tangan’. Jika benar saya ada meninggi diri sebelum ini berikan saya bukti siapa peserta MLM 2013 yang jaja cerita tersebut? Saya tidak rasa ada peserta MLM jaja cerita kerana kami sama-sama kawan baik dan tiada masalah pun.

“Rasanya kami bertiga yang sama-sama bersusah- payah mengeluarkan idea dan cuba buat sehabis baik di gelanggang MLM setiap minggu. Tiada istilah saya sahaja yang gerakkan Sepahtu sedangkan yang lain tidak membantu. Artikel tersebut cuba menjatuhkan saya dan kumpulan Sepahtu dan saya sememangnya agak terkilan dengan apa yang terjadi,” jelas Jep kecewa.

Jelas Jep lagi, artikel tersebut tidak sama sekali mengganggu fokus kumpulan Sepahtu untuk menghadapi program MLM 2013 kerana buktinya mereka berjaya memenangi sebuah kereta baharu Perodua Alza pada minggu kesembilan MLM.

“Artikel tersebut sama sekali tidak menganggu fokus saya serta kumpulan Sepahtu kerana buktinya Rahim berjaya dipilih sebagai ‘Man Of The Match’ selain Sepahtu berjaya memenangi sebuah kereta Perodua Alza baharu. Ini semua atas usaha serta sokongan peminat yang tidak putus-putus dan percaya dengan kemampuan kumpulan kami.

“Para peminat banyak beri sokongan dan bantu kami sejak dahulu lagi. Tanpa mereka tidak mungkin kami mampu untuk berada dalam keadaan sekarang. Saya pun tidak mahu perkara ini diperbesarkan Cuma apa yang sama mahu adalah berhenti buat tuduhan tanpa sebarang bukti kukuh,” ujar Jep lagi.

Dalam pada itu, Shuib yang juga salah seorang ahli kumpulan Sepahtu terkejut dengan artikel tersebut dan menafikan Jep meninggi diri seperti yang didakwa.

“Saya kenal Jep macam mana. Dia seorang yang sangat menghormati pandangan dan kemampuan individu lain. Kami bertiga yang sama-sama berusaha naikkan nama Sepahtu. Berhenti lempar tuduhan yang boleh menjatuhkan kredibiliti Jep,” kata Shuib dengan nada kecewa.

Related

Info Artis 3648364573866071415

Catat Ulasan

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item