xmlns:og='http://ogp.me/ns#' BR1M Dibayar Terus Melalui Akaun Bank | FANTASIA NETWORK BR1M Dibayar Terus Melalui Akaun Bank | FANTASIA NETWORK

BR1M Dibayar Terus Melalui Akaun Bank

Salam 1Malaysia Tuan/Puan, Maklumat akaun bank diperlukan dalam permohonan  BR1M 2014  kerana pembayaran dijangka akan dimasukkan ke dalam a...



Salam 1Malaysia
Tuan/Puan,

Maklumat akaun bank diperlukan dalam permohonan BR1M 2014 kerana pembayaran dijangka akan dimasukkan ke dalam akaun. Anda dinasihatkan supaya membuka akaun simpanan atas nama pemohon (jika belum mempunyai akaun simpanan) di mana-mana cawangan bank tempatan (BSN/Maybank/CIMB/PBB dan sebagainya) dan maklumkan maklumat nombor akaun dalam Borang Permohonan BR1M 2014 (permohonan baru atau kemaskini maklumat).

Anda perlu membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan maklumat data peribadi terkini merangkumi alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat emel, pekerjaan dan maklumat bank secara atas talian di https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau secara manual dengan mengisi Borang Permohonan BR1M 2014 untuk kategori Kemaskini Maklumat.

Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, perlu dikemaskini hanya secara manual.

Borang Permohonan BR1M 2014 boleh didapati di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembanguan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau dimuat turun melalui https://ebr1m.hasil.gov.my/ (klik Borang BR1M 2014).

Sila hantar borang tersebut yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan (jika berkenaan) ke cawangan LHDNM yang berdekatan sebelum 31 Januari 2014.

Jika tiada maklumat yang perlu dikemaskini, anda tidak perlu berbuat demikian.

Status kelayakan lulus BR1M 2014 hanya boleh disemak secara berperingkat mulai Februari 2014 dengan memaklumkan nama penuh dan nombor kad pengenalan pemohon.

Sebarang persoalan boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat.

Terima Kasih.

Bilik Operasi BR1M

Sumber : Phat.my

Related

Isu Tempatan 4259716002749511929

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item