xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Heliza Helmi Menafikan Terima Lamaran Daripada Hafiz Hamidun | FANTASIA NETWORK Heliza Helmi Menafikan Terima Lamaran Daripada Hafiz Hamidun | FANTASIA NETWORK

Heliza Helmi Menafikan Terima Lamaran Daripada Hafiz Hamidun

Terkejut admin terbaca tajuk artikel dari sebuah akhbar tempatan. Apa tidaknya, tiba-tiba saja Heliza Helmi dikaitkan dengan penyanyi dan ko...




Terkejut admin terbaca tajuk artikel dari sebuah akhbar tempatan. Apa tidaknya, tiba-tiba saja Heliza Helmi dikaitkan dengan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun.

Menerusi laporan Kosmo!, isu ini berpunca apabila Hafiz Hamidun telah mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa dia akan berkahwin dengan seorang penyanyi yang juga seorang penceramah bebas dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Heliza yang ditemubual telah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dia tidak menerima sebarang lamaran termasuklah dari Hafiz sendiri.


Hafiz Hamidun berteka-teki dengan identiti bakal isterinya

“Sehingga kini saya masih belum ada menerima sebarang lamaran perkahwinan, termasuk daripada Hafiz. Itu yang membuatkan saya terkejut apabila nama saya tiba-tiba-tiba dikaitkan pula.”

Tidak memilih untuk berahsia bila tiba masanya, Heliza menjelaskan bahawa dia akan menghebahkan berita perkahwinannya nanti supaya tidak menimbulkan fitnah.

“Kalau mengikut hukum agama, perkahwinan itu haruslah dihebahkan kepada orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah. Jadi, saya akan bersikap terbuka mengenainya tetapi ia akan dihebahkan sekiranya saya memang sudah sah akan berkahwin.”

Apa pun, jika sudah sampai jodohnya, takkan lari kemana pun.


Related

Artis Nasyid 6980998360267077134

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item