xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Lagu "Shine Your Way-Yuna" Jadi Calon Anugerah Oscar | FANTASIA NETWORK Lagu "Shine Your Way-Yuna" Jadi Calon Anugerah Oscar | FANTASIA NETWORK

Lagu "Shine Your Way-Yuna" Jadi Calon Anugerah Oscar

Bukan mudah untuk mempertaruhkan bakat seni ke peringkat antarabangsa, apatah lagi untuk tercalon dalam satu anugerah yang berprestij sepert...


Bukan mudah untuk mempertaruhkan bakat seni ke peringkat antarabangsa, apatah lagi untuk tercalon dalam satu anugerah yang berprestij seperti Oscar atau Academy Awards namun ia bukan satu mimpi buat penyanyi berbakat besar Yuna apabila lagu “Shine Your Way” yang dinyanyinya tersenarai dalam pencalonanan awal anugerah berprestij itu.

Sebagai rakyat Malaysia, kejayaan Yuna itu merupakan sesuatu yang membanggakan kerana menjadi penyanyi Malaysia pertama yang tercalon dalam Oscar. Ternyata usaha dan pengorbanannya mencipta nama di Amerika Syarikat (AS) sejak 3 tahun benar-benar membuahkan hasil.

Menyambung kegemilangan dan kejayaan di Anugerah Industri Muzik tahun ini, penyanyi yang sedang mengukir nama di peringkat antarabangsa telah dicalonkan dalam senarai awal untuk anugerah Oscar yang dilihat sebagai anugerah yang amat berprestij di Hollywood.

Lagu dendangannya bersama kumpulan Owl City berjudul Shine Your Way yang juga merupakan runut bunyi (soundtrack) untuk filem animasi Hollywood akan bersaing dengan 74 lagu yang lain dan sememangnya kami rasakan peluang untuk Yuna mendapatkan nominasi terakhir akan cerah.


“Harapan saya, dapat terus menyumbang lebih banyak lagi bakat saya dalam filem akan datang, tidak kira di Hollywood atau di Malaysia,” ujar Yuna yang tidak meletakkan harap tinggi untuk menjadi calon terakhir namun masih bersyukur.

Selain itu, Yuna juga telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 sebagai sumbangan kepada negara.

Related

Info Artis 392003715330056777

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item