xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Sakitnya ‘Tegang’ Selama 5 Minggu | FANTASIA NETWORK Sakitnya ‘Tegang’ Selama 5 Minggu | FANTASIA NETWORK

Sakitnya ‘Tegang’ Selama 5 Minggu

Dublin – Seorang penunggang basikal gunung berdepan pengalaman memeritkan apabila kemaluannya menegang selama lima minggu akibat kecede...


Dublin – Seorang penunggang basikal gunung berdepan pengalaman memeritkan apabila kemaluannya menegang selama lima minggu akibat kecederaan dialami ketika melakukan aktiviti lasak kegemarannya.

Lelaki berusia 22 tahun itu mengalami masalah dikenali sebagai priapisme selepas jatuh terkangkang atas palang basikalnya.

Kejadian itu mengakibatkan gangguan saraf yang mengalirkan darah ke zakarnya.

Media semalam melaporkan, mangsa hanya mendapatkan rawatan di Hospital Tallaght lima minggu selepas mengalami kecederaan itu.

Pemeriksaan awal menunjukkan lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan menyebabkan doktor tertanya-tanya cara untuk membantunya.

Doktor di hospital Tallaght berkata, seseorang yang mengalami priapisme masih boleh mengadakan hubungan seks namun mungkin tidak akan merasai sebarang kenikmatan, sebaliknya cuma menderita.

“Ia juga boleh menyebabkan darah beku jika tidak dirawat segera,” katanya.

Selepas beberapa rawatan, masalah lelaki terbabit akhirnya berjaya diselesaikan apabila melalui busa gel serta empat lingkaran platinum kecil yang dimasukkan di antara urat yang membekalkan darah ke kemaluannya. – Agensi

Related

Info Pelik 6200176076811536454

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item