xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Sultan Johor menang bida No. Plat W1N dengan harga RM748,000 | FANTASIA NETWORK Sultan Johor menang bida No. Plat W1N dengan harga RM748,000 | FANTASIA NETWORK

Sultan Johor menang bida No. Plat W1N dengan harga RM748,000

Sultan Johor Bersama Proton Suprima S Selepas membida dan memenangi no. plat WWW 1 dengan harga bernilai RM520 ribu. Sekali lagi, Su...

Sultan Johor Bersama Proton Suprima S



Selepas membida dan memenangi no. plat WWW 1 dengan harga bernilai RM520 ribu. Sekali lagi, Sultan Johor mendapat perhatian umum apabila membida no. plat terbaru Wilayah Perseketuan iaitu W1N atau dalam perkataan bermaksud Win iaitu Menang / Kemenangan. Nilai bidaan untuk no plat tertunggu adalah paling tinggi setakat ini iaitu berjumlah RM748 ribu. 


Memetik laporan News Straits Time, Sultan Ibrahim bertitah baginda tidak keberatan membayar sejumlah wang tersebut untuk nombor plat yang diingininya.

Menurut Sultan Ibrahim, wang yang dibelanjakan tersebut akhirnya akan dikembalikan kepada rakyat.

"Rakyat akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi, jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan terima," katanya dalam laporan itu.

Tambahnya, proses pembidaan yang dilakukan itu adalah mengikut prosedur yang betul.

"Saya bukan jenis yang suka melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu. Ini adalah 'cara Johor' untuk membayar apa yang kita mahukan kerana semua perlu mendapat peluang yang adil dan seperti kata pepatah, 'the best man win'," katanya.

Semalam, Pengerusi badan pemantau jenayah Mywatch, R. Sri Sanjeevan mendedahkan sultan Johor telah membelanjakan RM174,000.00 dalam bidaan nombor plat pendaftaran kenderaan.

"DYMMM Sultan Ibrahim telah sekali lagi menang bidaan untuk W1N, sebelum ini WWW1," tulisnya.

Related

info semasa 2070552521753207550

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item