xmlns:og='http://ogp.me/ns#' 'Sultan Melaka' ditahan reman ??? | FANTASIA NETWORK 'Sultan Melaka' ditahan reman ??? | FANTASIA NETWORK

'Sultan Melaka' ditahan reman ???

AYER KEROH - Ahli perniagaan yang mengaku dirinya 'Sultan Melaka', Noor Jan Tuah, 57, ditahan reman selama empat hari bermula hari ...

AYER KEROH - Ahli perniagaan yang mengaku dirinya 'Sultan Melaka', Noor Jan Tuah, 57, ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Hasutan 1948.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, perintah tahanan reman itu dibenarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah, V Kanasan di Kompleks Mahkamah Melaka pada jam 9.45 pagi.

"Noor Jan ditahan reman sehingga 18 Januari ini bagi memboleh pihak polis menjalankan siasatan lanjut sekaligus melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada pihak pendakwa raya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas permohonan tahanan reman tersebut di sini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan.

Tinjauan Sinar Harian, mendapati pasukan polis turut berada di hadapan pintu masuk kompleks sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, pengikut Noor Jan tidak kelihatan di kawasan kompleks sehingga dia meninggalkan pekarangan kompleks 20 minit diiringi pegawai dan anggota polis menaiki van. -Sinarharian

Related

Isu Tempatan 2906625536171515240

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item