Wan Sakinah isteri Ashraf Muslim Hamil 5 Bulan
Kalau yang tak tahu lagi, isteri Ashraf Muslim yang ke-2, Wan Sakinah kini sudah hamil dan usia kehamilannya adalah 5 bulan. Dan d...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2014/01/wan-sakinah-isteri-ashraf-muslim-hamil.html
Kalau yang tak tahu lagi, isteri Ashraf Muslim yang ke-2, Wan Sakinah kini sudah hamil dan usia kehamilannya adalah 5 bulan.
Dan dalam pada yang sama Ashraf akui yang dirinya kini dalam persedian dan mempelajari tugas2 sebagai ayah kepada anaknya yang bakal lahir kelak.
Apa-apa pun tahniah kepada Ashraf dan kedua-dua orang isterinya yang bakal dihadiri insan ke-4 dalam rumahtangga mereka bertiga nanti. Dan ini komen Asyraf memetik portal mStar.
"Alhamdulillah, Sakinah sudah hampir lima bulan mengandung dan keadaan dia sekarang sihat, dia tidak banyak mengalami alahan atau mengidam yang bukan-bukan.
"Setakat ini kami belum tahu lagi jantina bayi tersebut namun saya tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan,"
"Semuanya (Sakinah dan Diana) baik-baik sahaja, buat masa ini kami masing-masing sibuk dengan kerja dan jarang dapat jumpa bertiga.
"Namun kalau ada kelapangan biasanya saya akan bawa mereka berdua keluar bersama-sama dan sembahyang berjemaah," -Ashraf