Filem " Suami Aku Ustaz " Bakal Pecah Panggung 2014
http://fantasianetwork.blogspot.com/2014/02/filem-suami-aku-ustaz-bakal-pecah.html
Wah,nampaknya kebanyakan filem di Malaysia sekarang banyak yang di adaptasikan daripada novel-novel tempatan. Sedia maklum rata-rata masyarakat di Malaysia sangat sinonim dengan cerita-cerita CINTA... Eh, betulke... huhu. Sejauh mana kebenaran itu kita boleh lihat daripada hasil cerita ataupon filem-filem yang sudah ditayangkan. Baiklah, untuk tahun 2014 ini, filem terbaru yang di adaptasi daripada Novel yang bertajuk " Suami Aku Ustaz " nukilan HANNAN DHANIYAH admin berpendapat ianya akan pecah panggung untuk musim 2014. Filem yang bakal disajikan oleh dua gandingan hebat dan serasi iaitu kita enjoy...Nora Danish bersama Adi Putra akan menjadi tunjang watak utama dalam filem tersebut. Admin bukan kaki Novel, tapi admin berpendapat filem ini akan menghadirkan nilai-nilai murni sebagaimana Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang 2013. Jom kita ikuti serba sedikit Filem yang di adaptasikan daripada Novel ini di bawah :
Novel ini menduduki no 1 carta bestseller di MPH - Sedutan akhbar berita harian 1/6/2012. Novel ini juga menduduki No 2 Carta Bestseller di POPULAR 2 minggu berturut-turut - Sedutan Akhbar Berita Harian 25/5/2012 dan 1/6/2012
Sinopsis :
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi
yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?
NOVEL YANG ADAPTASI KE FILEM - Akan ditayang di pawagam pada 2014. Amacam best kan ? mesti tidak sabar untuk menontonnya... Dibawah ini video sinopsisnya pula. Jangan lupa kongsikan cerita ini .