Isteri Terlampau!!! Lari Ikut Bekas Kekasih Melalui Facebook
Macam-macam kes keretakan suami isteri melalui media-media sosial. Emm,sedih juga bila ada kisah-kisah macam ini,terbaru kisah yang b...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2014/02/isteri-terlampau-lari-ikut-bekas.html
Macam-macam kes keretakan suami isteri melalui media-media sosial. Emm,sedih juga bila ada kisah-kisah macam ini,terbaru kisah yang berlaku di KL :
Remuk redam hati seorang suami apabila isteri yang disangkanya membuat lawatan kerja, rupa-rupanya lari mengikut bekas teman lelaki selepas hubungan mereka terjalin semula menerusi laman sosial facebook (FB).
Lebih mengejutkan, wanita berusia 29 tahun itu turut melarikan wang berjumlah RM50,000 milik suaminya, selain mengugut akan membunuh diri jika dia membuat laporan polis.
Suami terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 30, berkata, isterinya meninggalkan rumah pada 5 Februari lalu dengan alasan mengikuti lawatan kerja ke Perak bersama rakan sekerja selama tiga hari.
“Bagaimanapun, selepas tiga hari dia masih tidak pulang ke rumah. Bimbang dengan keselamatannya, saya menghubungi beberapa rakan sekerjanya, namun terkejut apabila mereka memberitahu isteri saya memohon cuti seminggu.
“Mereka juga memberitahu tiada sebarang lawatan kerja di Perak dilakukan pihak syarikat sebagaimana yang dikatakan isteri saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.
Sumber : Metro
p/s : Sebelum berkahwin tu kenali la peribadi seseorang dengan lebih dalam suapay tidak mudah ditipu. Sekian.