Kadar Terbaru Harga Tarif Premium Insurans Kenderaan Kereta 2014
Aduhai.. nak mengeluh nanti ada yang kata tidak bersyukur la dan kalau tidak suka jangan duduk Malaysia... Emmm nak atau tidak inilah hakik...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2014/02/kadar-terbaru-harga-tarif-premium.html
Aduhai.. nak mengeluh nanti ada yang kata tidak bersyukur la dan kalau tidak suka jangan duduk Malaysia... Emmm nak atau tidak inilah hakikat Malaysiaku... Oooo Tanah Airku segalanya naik.... Terbaru Insurans Motor pula... Kesian ke kasihan...
Kadar harga tarif baru premium insurans kenderaan (kereta atau motor) tahun 2014. Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baru tarif insurans kenderaan untuk tahun 2014, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23. Tarif baru itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari 2014, ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula. Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.
Kadar Harga Tarif Baru Insurans Kenderaan 2014
Nota Penting: (Dalam kurungan) adalah tarif 2013 manakala tanpa kurungan adalah tarif terkini 2014
Faktor Kenaikan Insurans Kenderaan 2014
Tahap pemilikan kereta yang tinggi serta kadar kemalangan dan tuntutan di Malaysia yang telah meningkat.
Kos rawatan di hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaiki kenderaan serta alat ganti juga telah meningkat.
Memberi manfaat kepada syarikat insurans am yang kini boleh meraih kutipan premium yang lebih tinggi.
Tarikh Berkuatkuasa Kadar Insurans Baru Kenderaan 2014
Tarif terbaru itu akan berkuatkuasa mulai 15 Februari 2014.