Status Komen Facebook Peminat Bola Jejas Akidah
http://fantasianetwork.blogspot.com/2014/02/status-komen-facebook-peminat-bola.html
Bola-bola juga... sukan-sukan juga... Tapi AGAMA mesti no. 1. Inilah apabila kalau dah terlalu taksub dengan sesuatu perkara sampai cakap pon tidak fikir.
Sabtu lalu, berlaku kekecohan antara pasukan JDT dan T-Team apabila perlawanan bola sepak yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor dihentikan sebelum babak kedua kerana insiden keganasan.
Kejadian ini meninggalkan impak besar dalam kalangan kedua-dua peminat bola sepak negeri terbabit.
Rata-rata pengikut T-Team berasa marah apabila mengetahui pemain mereka dikasari manakala pengikut JDT pula tidak puas hati kerana menganggap cerita sebenar telah ditokok tambah.
Justeru, berlaku perdebatan hangat di beberapa portal dan laman media sosial terutama yang mewakili negeri terbabit.
Malangnya, ada kalangan peminat bola sepak dilihat terlajak terlalu jauh dalam mengutarakan pendapat dan kemarahan mereka hinggakan agama diletak ke tepi.
Contohnya pemilik Facebook di atas yang tergamak mengetepikan ustaz, ulama dan nabi demi sultan.
Kalau pun komen itu dibuat atas dasar sinikal sekalipun, ia tetap keterlaluan.
Diharapkan individu terbabit segera sedar bahawa dia telah mempertaruhkan pegangan agamanya semata-mata kerana bola sepak yang sepatutnya sekadar hiburan.
Kawan-kawan kepada penama Facebook di atas, harap tolong nasihat kawan anda ini.
Sumber : FB ISLAM AGAMAKU