xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Kos Buat Hidung RM28 000 - Ajai | FANTASIA NETWORK Kos Buat Hidung RM28 000 - Ajai | FANTASIA NETWORK

Kos Buat Hidung RM28 000 - Ajai


Kisah Hidung Ajai (Faizal Maas) memang tidak sehangat, namun difahamkan harga pembuatan hidung Ajai yang mencecah RM28,000 itu adalah untuk kesihatan semata-mata bukan untuk mencantikkan bahagian berkenaan.


Berikut temubual dia dengan wartawan Kosmo! untuk merungkap segala-galanya mengenai hidung barunya itu.



Benarkah Ajai membedah hidung kerana ramai berpendapat hidung anda kelihatan lebih mancung berbanding dulu?

Memang benar saya menjalani pembedahan menukar batang hidung tetapi bukan untuk kecantikan, sebaliknya keputusan itu diambil selepas tiada jalan penyelesaian terhadap masalah sinus yang saya hadapi.


Mengapakah anda mengambil keputusan drastik untuk membedah hidung?

Sebenarnya sudah berbelas tahun saya menghadapi masalah sinus dan ia semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Puncaknya, suatu hari apabila saya bangun daripada tidur saya dapati telinga sebelah kiri saya tidak boleh mendengar apa-apa.

Jadi, saya terus buat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesyorkan untuk saya jalani pembedahan hidung supaya masalah yang sama tidak berulang.


Sebelum ini anda tidak pernah cuba rawatan alternatif lain?


Sudah cuba tetapi semuanya tidak membuahkan hasil. Bagi menggelak masalah berlarutan saya makan ubat tetapi doktor kata kalau sentiasa ambil ubat akan merosakkan buah pinggang.

Mahu tidak mahu, saya terpaksa serah diri pada pisau bedah kerana gegendang telinga saya sudah rosak dan sinus saya banyak tersumbat di batang hidung.

Jika saya tidak boleh mendengar macam mana saya mahu cari pendapatan kerana kerja saya memerlukan saya mendengar dengan teliti.


Tidakkah anda kekok dengan pandangan orang terhadap hidung baharu anda?

Saya tidak kisah apa orang nak cakap asalkan saya boleh bernafas dan mendengar dengan selesa. Saya bukan bedah hidung untuk nampak cantik tetapi atas faktor kesihatan. Jika fikirkan balik kos RM28,000 itu bukan murah tetapi saya terpaksa. Sekarang sudah tiga bulan selepas pembedahan, barulah saya dapat biasakan diri dengan hidung baharu ini.

P/s : Kalau untuk tujuan kesihatan tidak melanggar hukum melainkan kalau tujuan nak cantik itu memang salah. Kepada yang diluar sana jangan salah faham pula ya. hehe.

Related

Info Artis 2189718408422197453

Catat Ulasan

  1. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    BalasPadam

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item