Mizz Nina Hanya Menyanyi di Hadapan Penonton Wanita Sahaja...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2014/02/mizz-nina-hanya-menyanyi-di-hadapan.html
Alhamdulillah... Tahniah admin ucapkan kepada Penyanyi dan isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Mizz Nina yang hendak terus istiqamah dalam melakukan kebaikan disisi islam.
Ramai peminat memberi komen yang memberangsangkan buat Mizz Nina apabila dia memutuskan untuk terus berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji bersama suaminya pada tahun lalu.
Noh Hujan juga sebagai suami sentiasa memberi sokongan yang terbaik untuk isterinya.
Baru-baru ini melalui laporan yang di petik daripada Sinar Harian :
“Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita saja. Keputusan itu saya buat selepas berhijrah.
“Suami menyokong keputusan saya. Saya tidak menyesal meninggalkan bidang muzik kerana sudah puas mengecapinya.
“Kini, saya ingin memberikan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu,” katanya yang dipetik dalam satu portal berita hari ini.
“Ini adalah perkara baharu yang saya dapati dan fahami selama saya menuntut ilmu daripada beberapa ahli agama. Pengalaman yang pernah saya lalui selama ini juga memaksa saya untuk berubah.
Selepas ini saya akan mengurangkan aktiviti nyanyian. Saya tidak akan membuat persembahan dalam kalangan penonton yang bercampur. Saya hanya akan membuat persembahan di hadapan penonton wanita sahaja.”
Penghijrahan Mizz Nina dianggap sebagai suatu contoh yang baik kepada artis-artis lain. Mizz Nina juga menyatakan bahawa dirinya sudah puas dengan kerjaya seorang penyanyi dan kini mahu beralih dan menumpukan fokus kepada ibadah dan juga perniagaan pakaian muslimahnya, Madeena.
Sama-samalha kita mendoakan agar lebih ramai lagi berhijrah ke arah yang lebih baik.