xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Sensasi!!! Irfan Hantar Surat keluar T-Team dan Bersara Dari Bola Sepak | FANTASIA NETWORK Sensasi!!! Irfan Hantar Surat keluar T-Team dan Bersara Dari Bola Sepak | FANTASIA NETWORK

Sensasi!!! Irfan Hantar Surat keluar T-Team dan Bersara Dari Bola Sepak

Bekas pemain JDT, Irfan Ghani telah mengambil keputusan drastik untuk melpaskan jawatan selaku pemain T-team musim 2014... bahkan beliau tur...

Bekas pemain JDT, Irfan Ghani telah mengambil keputusan drastik untuk melpaskan jawatan selaku pemain T-team musim 2014... bahkan beliau turut menzahirkan keputusan untuk bersara dalam sukan Bola Sepak. Emm, kenapa dan mengapa beliau membuat keputusan begini ? Jom ikuti laporannya dibawah :


Susulan kes dia turut bersumpah didepan kitab suci Al-Quran bahawa kenyataannya berhubung kekecohan membabitkan T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Darul Larkin minggu lepas adalah benar.

"Saya bersumpah bahawa apa yang diperkatakan oleh saya adalah benar," kata anak jati Johor itu yang bermain dalam barisan pertahanan pasukan kelab dari Terengganu tersebut.



Irfan yang menghantar surat peletakan jawatan sebagai pemain T-Team pada 4 Feb lepas berbuat demikian dalam satu sidang media di sebuah restoran di sini.

Tindakannya itu menyusuli upacara bersumpah menggunakan al-Quran yang dibuat oleh seorang pemain dan penolong jurulatih T-Team di Kuala Terengganu, malam kelmarin, berhubung insiden sama.

Mengulas kejadian, Irfan, 25, berkata beliau terdengar kekecohan di dalam terowong pemain semasa tamat separuh masa pertama perlawanan, namun tidak nampak apa yang berlaku.

Katanya semasa berada di dalam bilik persalinan kemudian, beliau mendengar pemain import T-Team, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impligazzo mendakwa dipukul ketika di dalam terowong itu.

"Daripada pemerhatian saya sendiri semasa di dalam bilik persalinan tersebut, saya lihat tiada sebarang tanda bahawa Evaldo dan Stefano telah dipukul," katanya.



Susulan kejadian itu juga Irfan membuat keputusan 'menggantung but' dan bersara daripada arena bola sepak buat sementara waktu.

Katanya langkah itu juga bagi membolehkan beliau menjaga ibunya yang sedang sakit.

"Saya akan cuba mencari pekerjaan lain memandangkan saya telah bersara daripada bermain bola sepak," katanya.

Kelmarin, pemain T-Team Khairan Ezuan Razali dan penolong jurulatih Azlan Johar bersumpah di hadapan al-Quran bagi membuktikan kenyataan mereka bahawa Evaldo ditumbuk ketika di dalam terowong itu adalah benar.

Upacara itu disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang sebelum ini meminta pemain dan pegawai T-Team yang beragama Islam bersumpah menggunakan al-Quran bagi membuktikan kebenaran.

P/s : Admin pening dengan statement yang lebih kurang sama... tapi apapon tolongla ye jaga kesucian Al-quran. Selamat Maju jaya untuk anda Irfan.

Related

Info Sukan 6833132362573891021

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item