Zizan Raja Lawak Bakal Nikahi Emma Maemmbong Tahun Ini
http://fantasianetwork.blogspot.com/2014/02/zizan-raja-lawak-bakal-nikahi-emma.html
Wah, hangat berita mengenai Zizan Razak dan Emma Maemmbong nak kahwin. Alhamdulillah kalau mereka nak mendirikan masjid. Admin memang suka. Peminat macam mana? Jangan ada yang frust menonggeng sudah hehe.
Menerusi instagram Zizan Razak ,beliau telah mengemaskini dan memuat naik satu kepingan gambar hasil lukisan kreatif Emma Maemmbong di Instgram beliau dengan Kata-Kata yang romantik.
Jom baca ayat romantis nya tu :
“Percaya, hargai, sayang, cinta, teguh, sabar, jujur dan ikhlas — thanks untuk lukisan ini sayang. Sejuta erti disebalik lukisan ini, harap kekal seperti mana lukisan ini. Love you sayang”
Admin dapat jangka kepada peminat khususnya sudah mengetahui lebih awal mengenai pasangan comel berdua ini bercinta dan ada yang sudah mendoakan kebahagiaan mereka berdua, Mesti sponser ramai nie hehehe.
Apa kata Zizan pula :
“Kalau ikut perancangan diri saya, Insya Allah tahu ini nak kahwin. Tapi semuanya terserah kepada jodoh. Saya hanya merancang & Tuhan yang menentukan. Ingat ya, saya hanya rancang saja tahun ini,” ujar Zizan Razak.
Para peminat juga nampaknya merestui hubungan Zizan dan Emma apabila mereka mendoakan semoga pasangan ini ke jinjang pelamin.
P/s : Zizan, nanti kenalkan dengan admin adik ipar Emma maemmbong ya. hahah. Moga bahagia sampai syurga. Amin.