xmlns:og='http://ogp.me/ns#' 2 Juta Lagi Akan Terima BR1M 3.0 Paling Lewat Bulan Depan | FANTASIA NETWORK 2 Juta Lagi Akan Terima BR1M 3.0 Paling Lewat Bulan Depan | FANTASIA NETWORK

2 Juta Lagi Akan Terima BR1M 3.0 Paling Lewat Bulan Depan

Alhamdulillah kerajaan nak bantu Rakyat kita kena bersyukur. Terimalah seadanya :)



Kira-kira dua juta lagi penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M 3.0 yang belum mendapat bantuan dijangka menerimanya selewat-lewatnya bulan depan. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, ia berikutan tempoh memproses kira-kira lapan juta permohonan yang berjaya terlalu singkat. 

Tempoh proses bermula sejak tarikh tutup permohonan pada 31 Januari lepas sehingga tarikh dilancarkan pada 22 Februari lalu. Kira-kira enam juta permohonan berjaya diselesaikan iaitu bagi pemohon awal yang terdahulu menyertakan nombor akaun mereka dan secara berperingkat.

Kerajaan memperuntukkan 4.6 bilion ringgit untuk penerima BR1Mkali ini. Ketika pemberian BR1M 1.0 pada 2012, sebanyak 4.18 juta isi rumah telah mendapat manfaat.

Sumber : - ASTRO AWANI

Jumlah itu meningkat kepada 4.81 juta isi rumah dan dua juta individu bujang ketika BR1M 2.0 pada 2013. Sebanyak lima juta isi rumah dan 2 perpuluhan 4 juta individu bujang menerima habuan wang tunai pada pemberian BR1M kali ini. 

p/s : Apa kata anda ?

Related

info semasa 8392426929066424763

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item