xmlns:og='http://ogp.me/ns#' EMPAT MAUT DALAM KEMALANGAN DI MRR2 | FANTASIA NETWORK EMPAT MAUT DALAM KEMALANGAN DI MRR2 | FANTASIA NETWORK

EMPAT MAUT DALAM KEMALANGAN DI MRR2

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Sepasang suami-isteri dan dua saudara mereka maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhray...



KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Sepasang suami-isteri dan dua saudara
mereka maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Lingkaran
Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bukit Antarabangsa, di sini hari ini.
Mereka yang maut ialah Hasbullah Abdul Ghani, 26, dan isteri Nurul Intan
Syahida, 22, serta dua sepupu isteri pemandu kereta itu, Tengku Ahmad Faiz
Tengku Muhamad, 28, dan Asma Ismail, 22.
"Kemalangan itu melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal dan kesemua
mangsa mati di tempat kejadian," kata jurucakap polis trafik.
Beliau berkata dalam kemalangan pada pukul 5.30 petang itu, kereta Perodua
Viva yang dipandu Hasbullah dilanggar sebuah kereta Proton Satria yang terbabas
sebelum sekali lagi dilanggar sebuah kereta lain.
Kereta Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa
dipercayai mengalami kegagalan brek menyebabkan kereta yang melalui laluan MRR2
menuju ke Ampang itu terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan MRR2 arah
Hulu Klang dan melanggar kereta Perodua Viva.
Seterusnya, Perodua Viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang
datang dari arah belakang, katanya.
Seorang penunggang motosikal yang turut terlibat dalam kemalangan itu,
cedera dan dirawat di Hospital Ampang.
-- BERNAMA

Related

info semasa 2091672199840664337

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item