xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Erin Malek Jual Pakaian Muslimah | FANTASIA NETWORK Erin Malek Jual Pakaian Muslimah | FANTASIA NETWORK

Erin Malek Jual Pakaian Muslimah

Sekarang semakin ramai golongan selebriti yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Ini merupakan suatu perkembangan yang positif kerana...



Sekarang semakin ramai golongan selebriti yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Ini merupakan suatu perkembangan yang positif kerana sekurang-kurangnya dengan perniagaan yang dimiliki dapat memberikan jaminan hidup yang lebih baik buat mereka di masa hadapan nanti.

Terbaru, pelakon kecil molek, Erin Malek, 20, turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan menjual pakaian muslimah yang dikongsinya bersama adik perempuannya.

�Sebenarnya dah lama saya impikan untuk ada jenama sendiri dan idea serta konsep fesyen yang saya mahu ketengahkan adalah Muslimah di mana ia merupakan idea adik perempuan saya sendiri.

�Dia bertudung dan fesyen Muslimah yang dia kenakan sentiasa menjadi perhatian menerusi laman sosial Instagram, jadi dari situlah idea ini mula timbul dan mungkin sebelum sambutan Aidilfitri ini kami akan mula keluarkan produk kami,� katanya memetik laporan Sinar Harian.

Oleh: AUDREY LEE
sumber

Related

Info Artis 583742329826294975

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item