xmlns:og='http://ogp.me/ns#' PANAS: Dafi Jawab Isu Bilik Hotelnya Diserbu Pencegah Maksiat | FANTASIA NETWORK PANAS: Dafi Jawab Isu Bilik Hotelnya Diserbu Pencegah Maksiat | FANTASIA NETWORK

PANAS: Dafi Jawab Isu Bilik Hotelnya Diserbu Pencegah Maksiat

Seperti sukar untuk dipercayai. Namun itu yang tertera dalam sebuah akhbar mingguan semalam yang menyebut, penyanyi Dafi di dakwa ditangkap ...



Seperti sukar untuk dipercayai.

Namun itu yang tertera dalam sebuah akhbar mingguan semalam yang menyebut, penyanyi Dafi di dakwa ditangkap khalwat, baru-baru ini.

Kejadian tersebut berlaku semasa Dafi menjalani penggambaran drama di Batu Pahat, Johor. Dafi di dakwa tidur sebilik dengan pembantu peribadi (PA)nya.

Cerita penyanyi yang popular dengan lagu Bila Terasa Rindu ini, kira-kira jam 1 pagi bilik diserbu oleh empat orang lelaki yang mengaku mereka anggota pencegah maksiat.

Mereka minta izin untuk menggeledah biliknya kerana mendapat aduan yang dia bersekedudukkan dengan wanita.

Walaupun terkejut namun kata Dafi, dia memberikan kerjasama kerana yakin yang dia tidak membuat apa-apa kesalahan.

Selepas tidak menjumpai apa-apa bukti, kumpulan itu meminta maaf dan beredar.


Menyifatkan tuduhan itu sebagai mengarut, bagaimanapun Dafi mengakui yang pembantu peribadinya memang seorang wanita. Tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama, bukannya berkongsi bilik.

Apapun keadian tersebut memberi satu pengajaran besar buat Dafi. Dia juga berharap agar masyarakat tidak memberi persepsi negatif terhadap semua artis kerana hakikatnya tidak semuanya begitu.

Dafi juga bersyukur kerana keluarganya sangat memahami dan meminta berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang sewenangnya mengambil kesempatan dan tidak mahu kejadian tersebut berulang. � Malaysian Digest

Related

Info Artis 6689762768559665087

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item