xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Isteri Izzue Islam Tiada Niat Sorok Usia Sebenar | FANTASIA NETWORK Isteri Izzue Islam Tiada Niat Sorok Usia Sebenar | FANTASIA NETWORK

Isteri Izzue Islam Tiada Niat Sorok Usia Sebenar

Isteri dan pengurus kepada pelakon Izzue Islam iaitu Nurinafilah Waharudin tidak terkilan apabila ada pihak yang mengkritik tindakannya kera...

Isteri dan pengurus kepada pelakon Izzue Islam iaitu Nurinafilah Waharudin tidak terkilan apabila ada pihak yang mengkritik tindakannya kerana enggan mendedahkan usian sebenar pada hari pernikahan mereka yang berlangsung pada 2 Jun lalu.

Nurinafilah atau lebih mesra dengan sapaan Awin, 31, berkata, dia tidak mempunyai sebarang alasan tertentu kerana bertindak sedemikian dan tidak terkejut apabila pihak media dapat mengetahui usia sebenarnya walaupun dia tidak memberitahu perkara itu.

p/s : Biarlah.. asal mereka bahagia sudah..



�Saya tiada sebarang sebab tertentu kenapa ingin menyorokkan usia sebenar saya daripada pengetahuan umum dan saya tidak terkejut apabila pihak media dapat mengetahui usia sebenar saya.

�Ia bukan sesuatu yang ingin saya sorokkan daripada pengetahuan orang lain sebenarnya,� jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Izzue, 23, dan Awin selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz selepas menyulam cinta selama enam tahun.

Majlis serba sederhana itu telah diadakan di Dewan Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu.

Awin turut menolak tanggapan bahawa dia berasa malu dengan perbezaan lapan tahun usianya dengan Izzue sehingga menyebabkan dia enggan mendedahkan umurnya ketika ditanya pihak media pada majlis pernikahannya itu.

Sementara itu, Awin berkata, dia tidak melihat perbezaan itu sebagai masalah kepada hubungan mereka kerana apa yang lebih penting mereka saling memahami antara satu sama lain.

Jelas Awin, walaupun Izzue masih muda tetapi suaminya itu memiliki kualiti yang dimahukannya daripada seorang lelaki iaitu matang, bertanggungjawab dan romantik.

�Usia bukan halangan tetapi yang lebih penting keserasian dan kesefahaman di antara kami yang membuatkan kami selesa bersama.

�Saya tidak kecil hati pun dengan apa yang orang ingin kata kerana paling penting keluarga memberikan restu dan kami serasi bersama,� jelasnya.

Sementara itu, Awin berkata, dia dan Izzue masih bercuti dan mengambil peluang ini untuk bertemu dengan sanak-saudara sebelum kembali bertugas pada minggu hadapan.

�Kebetulan cuti sekolah jadi ambil peluang ini untuk bertemu dengan sanak-saudara kedua-dua belah pihak dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,� katanya.

sumber

Related

Info Artis 6232937411329499720

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item