xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Menyayat Hati: Mayat mangsa runtuhan Jambatan Pulau Pinang Kedua Dikeluarkan | FANTASIA NETWORK Menyayat Hati: Mayat mangsa runtuhan Jambatan Pulau Pinang Kedua Dikeluarkan | FANTASIA NETWORK

Menyayat Hati: Mayat mangsa runtuhan Jambatan Pulau Pinang Kedua Dikeluarkan

Mayat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tanjakan konkrit di susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu ...

Mayat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tanjakan konkrit di susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu dekat Batu Maung, di sini, berjaya dikeluarkan pada jam 8.40 malam tadi.

Mayat lelaki yang dikenal pasti sebagai Tajudin Zainal Abidin, 45, ditemui anggota penyelamat, lebih 25 jam selepas operasi menyelamat dilancarkan.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertunduk dengan mukanya tersembam pada stereng di tempat duduk pemandu dalam sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

p/s : Al Fatihah



Difahamkan, mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak memandu sendirian untuk pulang ke rumahnya di Permatang Damar Laut, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mayat Tajudin dikenal pasti ahli keluarganya berdasarkan ciri fizikal dan pakaian yang dipakai pada hari kejadian.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya mengesahkan hanya satu mayat ditemui di lokasi kejadian, bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan ada mangsa lain yang terperangkap dalam runtuhan itu.

�Kerja pembersihan akan terus dijalankan, namun sehingga kini polis hanya menerima satu laporan mengenai kehilangan ahli keluarga.
�Begitupun, operasi masih diteruskan kerana kita lihat kemungkinan ada lagi mangsa yang terperangkap berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa terlihat ada kenderaan lain yang tersepit ketika runtuhan selain daripada Perodua Kelisa itu,� katanya.

Dalam kejadian 7.15 malam kelmarin, sebahagian tanjakan konkrit di susur masuk ke Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 50 meter dari arah Batu Maung yang dalam pembinaan runtuh.

Sementara itu, dua pekerja asing yang terbabit dalam kejadian runtuhan itu masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Warga Myanmar, Tin Maung Lwin, 39, dan warga Indonesia Slamat, 36, bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan kecederaan mereka dilaporkan tidak serius.

Maung Lwin, yang cedera pada paha kanan, berkata ketika kejadian dia sedang melakukan kerja pembinaan di atas jambatan berkenaan.

�Ketika itu saya sedang menuang simen sebelum runtuhan berlaku,� katanya ketika ditemui pemberita di hospital, semalam.

Selamat, pula tidak boleh bercakap kerana mulutnya bengkak dan mengalami kecederaan di muka dan dada.

Manakala, seorang wanita Thilasheni Rajendran, 24, yang kebetulan melalui laluan itu cedera ringan di tangan selepas terkena serpihan runtuhan.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah pula berkata, pihaknya mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mayat mangsa meskipun menggunakan bantuan jengangkat hidrolik.

Ia berikutan konkrit yang runtuh itu terlalu berat, mencecah 500 tan dan menyebabkan tanah menjadi mendap ketika mesin yang digunakan cuba untuk mengangkat bahan binaan itu.

�Bomba terpaksa menggunakan alternatif lain dengan bantuan kren dengan cara mengangkat sedikit konkrit sebelum menarik keluar kereta Kelisa yang tersepit seterusnya mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalamnya,� katanya.

Beliau berkata, operasi akan diteruskan dengan bantuan Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Kuala Lumpur bagi membantu mengesan sekiranya ada mangsa lain yang terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

�Unit K9 itu dijangka tiba hari ini akan membantu untuk mengesan sekiranya ada mangsa lagi yang terperangkap.

�Bagaimanapun, setakat ini kita belum menemui sebarang petunjuk kemungkinan ada kereta lain, namun, operasi ini akan diteruskan sehingga kita berpuas hati tidak ada mangsa lain di bawah runtuhan itu,� katanya.

Related

info semasa 2575110137973148246

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item