xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Remaja Perempuan Terbunuh Akibat Rempuh 2 Pokok... | FANTASIA NETWORK Remaja Perempuan Terbunuh Akibat Rempuh 2 Pokok... | FANTASIA NETWORK

Remaja Perempuan Terbunuh Akibat Rempuh 2 Pokok...

Kemalangan yang menyayat hati telah berlaku di Ledang. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Laporannya :

Seorang remaja perempuan terbunuh selepas kereta PROTON Satria dinaikinya terbabas lalu merempuh pokok sebelum terbalik di Kilometer 9, Jalan Muar-Tangkak berhampiran Sungai Mati di sini, semalam.



Dalam kejadian jam 3.55 pagi, mangsa Nurul Syafiqah Khairul Zairi, 17, dari Tanjung Agas menaiki kereta dipandu bapa saudaranya Affendi Ikram Shukor, 31, menuju Tangkak.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh dua pokok di tepi jalan sebelum terbalik.

Kemalangan menyebabkan kereta itu remuk di bahagian depan manakala kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing sebelum Nurul Syafiqah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan Affendi Ikram cedera parah.



Nurul Syafiqah dikatakan sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala Affendi Ikram bekerja di sebuah bengkel membaiki kenderaan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Mohamed Salleh Abd Razak berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku dipercayai akibat kereta itu dipandu laju.

Menurutnya, pihaknya juga tidak menolak kemalangan itu berpunca akibat pemandunya mengantuk.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tangkak untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya,” katanya.

Sumber Asal : Metro

Related

info semasa 5638925020453964342

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item